awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja pukul ibu bebas pengaruh dadah

Bernama
Bernama
27/09/2017
06:14 MYT
Remaja pukul ibu bebas pengaruh dadah
Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam kerana dipercayakan mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah. -Gambar fail
Remaja lelaki berusia 15 tahun yang didapati memukul ibunya di rumah mereka di Ampang semalam kerana dipercayakan mahukan wang disahkan bebas daripada pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata ujian air kencing telah dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.
Beliau berkata rakaman remaja berkenaan memukul ibunya diambil oleh adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.
"Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya.
"Rakaman insiden itu kemudiaanya tular dan dikecam oleh masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dilakukan," kata Hamzah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang Jaya
#bebas pengaruh dadah
#Hamzah Alias
#Ujian air kencing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan