awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rempuh MPV polis: Suspek masih bolos selepas 9 das tembakan

Hakim Rahman
Hakim Rahman
30/11/2017
09:09 MYT
Rempuh MPV polis: Suspek masih bolos selepas 9 das tembakan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan dan melanggar kenderaan MPV terbabit. - Gambar fail
Polis sedang memburu seorang suspek lelaki dipercayai warga Indonesia yang dipercayai telah melanggar kereta peronda polis (MPV) dalam kejadian diJalan Klang Lama kira-kira 4.25 pagi tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata, anggotanya terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek enggan memberhentikan kenderaan dan melanggar kenderaan MPV terbabit.
"Anggota MPV telah mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya dan ketika dihampiri suspek tiba-tiba bertindak melanggar kenderan MPV beberapa kali.
"Anggota polis kemudiannya melepaskan sembilan das tembakan dalam usaha menghalang suspek daripada melarikan diri.
"Suspek kemudiannya meninggalkan kenderaan yang dinaiki di Taman Medan dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran," katanya.
Rakaman kejadian tembakan berkenaan turut tular di media sosial.
Siasatan awal polis terhadap kenderaan jenis Proton Persona yang dibawa suspek mendapati ia dicuri di Subang Jaya pada 2015 dan menemui empat kesan cap jari.
Tambah Mazlan, pihaknya masih menyiasat mofis suspek melarikan diri dan usaha memburu suspek yang dipercayai masih berada di kawasan sekitar sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#kereta peronda polis
#MPV
#polis
#suspek
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan