awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Renjer Safari cedera akibat bergelut dengan beruang

Bernama
Bernama
20/05/2018
07:44 MYT
Renjer Safari cedera akibat bergelut dengan beruang
Pihak pengurusan akan kaji semula prosedur keselamatan supaya aspek keselamatan diambil berat oleh semua pihak bagi mengelak peristiwa itu berulang. - Foto: Facebook/abdrazak.hamzah
Seorang Senior Renjer Safari dari Bukit Gambang Safari Park cedera di muka dan kaki akibat bergelut dengan seekor beruang jantan kira-kira 12 tengah hari semalam.
Menurut kenyataan akhbar Jabatan Komunikasi, Bukit Gambang Safari Park, Renjer Ishak Rashid, 51, yang berasal dari Kedah, kini berada dalam keadaan stabil dan sedang berehat.
"Kami tidak mahu dia diganggu, kami percaya beliau masih dalam keadaan terkejut setelah melalui insiden ini. Kejadian ini juga tidak boleh dijangka kerana beruang ini merupakan haiwan liar," menurut kenyataan tersebut.
Kejadian berlaku semasa Ishak, yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan sejak lima tahun lepas, menjalankan rutin harian pembersihan sangkar beruang.
Penyelak pintu pagar telah terbuka akibat gegaran daripada beruang tersebut manakala kunci pendua pula yang merupakan prosedur keselamatan, tidak dipasang atas kekhilafan, jelas kenyataan itu.
Sehubungan itu, pihak pengurusan akan mengkaji semula prosedur keselamatan supaya aspek keselamatan diambil berat oleh semua pihak bagi mengelak peristiwa itu daripada berulang.
Laporan juga dibuat kepada Polis Bantuan yang menjaga di kawasan itu dan kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bukit gambang
#diserang beruang
#haiwan liar
#hidupan liar
#ishak rashid
#renjer safari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan