awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rezeki singgah solat, dapat tengok gerhana matahari'

Sinar Harian
Sinar Harian
22/06/2020
00:33 MYT
'Rezeki singgah solat, dapat tengok gerhana matahari'
Pemandangan Fenomena Gerhana Matahari Separa berjaya dirakam pada 4.11 petang tadi di Ipoh. --fotoBERNAMA
"Saya teruja, ini kali pertama dapat tengok, ingatkan dah tak ada peluang kerana kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," kata Nur Farhana Hamdan, 34.
Nur Farhana dari Puncak Jelapang di sini diberi kebenaran menyaksikan fenomena gerhana matahari separa di Masjid Negeri selepas singgah untuk solat di situ bersama suami dan empat anaknya semalam.
Beliau berkata, sebelum ini beliau tidak berkesempatan melihat fenomena itu kerana kekangan kerja walaupun sering diajak suami dan anak-anak.
"Kali terakhir suami dan anak-anak tengok pada 2018 lalu. Alhamdulillah kali ini kami sekeluarga dapat lihat.
"Perasaan sungguh syahdu di mana kita dapat melihat kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Esa," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Falak, Jabatan Mufti Perak, Mohamad Faizal Jani berkata, kemudahan teleskop tidak dibuka kepada orang awam atas faktor pelaksanaan PKPP.
Pengunjung menyaksikan fenomena gerhana matahari separa melalui kaca mata khas di Masjid Sultan Idris Shah 2, Ipoh, 21 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Pengunjung menyaksikan fenomena gerhana matahari separa melalui kaca mata khas di Masjid Sultan Idris Shah 2, Ipoh, 21 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Bagaimanapun katanya, orang awam yang singgah menunaikan solat dan mahu menyaksikan sendiri fenomena berkenaan adalah dibenarkan menggunakan dua teleskop dan dua total station yang disediakan.
"Walaupun cuaca agak berawan dan berangin, cerapan dapat dilihat dengan jelas terutama pada waktu kemuncak.
"Fenomena ini bermula dari jam 2.42 petang dan berakhir pada jam 4.56 petang. Gerhana matahari separa pula mencapai litupan maksimum pada jam 3.54 petang tadi," katanya.
Aktiviti cerapan kemudiannya disusuli dengan solat sunat gerhana disertai hampir 30 jemaah dipimpin Imam Masjid Negeri, Muhammad Ali Mohammad Noh.
Imam Masjid Negeri Perak mengimamkan solat sunat gerhana matahari separa di Masjid Sultan Idris Shah 2, Ipoh, 21 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Imam Masjid Negeri Perak mengimamkan solat sunat gerhana matahari separa di Masjid Sultan Idris Shah 2, Ipoh, 21 Jun, 2020. --fotoBERNAMA
Topic Berkaitan
#Cerapan
#Gerhana
#Gerhana Matahari Separa
#Ipoh
#Masjid Negeri
#PKPP
#solat
#solat sunat
#teleskop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan