awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan di Greece bantah perang Iran

Bernama
Bernama
29/03/2026
04:03 MYT
Ribuan di Greece bantah perang Iran
Di Athens, perhimpunan utama bermula di luar bangunan parlimen dan berarak ke Kedutaan AS. - Foto Reuters
Ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan di seluruh Greece pada Sabtu untuk menyuarakan bantahan terhadap serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran, lapor Xinhua.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh pelbagai kumpulan, termasuk parti politik berhaluan kiri, persatuan pelajar, kesatuan pekerja, pertubuhan komuniti pendatang dan pertubuhan bukan kerajaan, ketika konflik memasuki bulan kedua.
Di Athens, perhimpunan utama bermula di luar bangunan parlimen dan berarak ke Kedutaan AS.
Penunjuk perasaan menggesa konflik dihentikan serta-merta, menggesa Greece supaya tidak menyertai peperangan dan mengutamakan perbelanjaan awam untuk kesihatan dan pendidikan berbanding pertahanan.
"Kami di sini untuk menghantar mesej menentang perang, menentang inisiatif peringkat EU (Kesatuan Eropah) yang bertujuan untuk mengukuhkan alat bagi persediaan perang.
Kami tidak mahu menjadi sebahagian daripada perang itu; kami berdiri bersama rakyat dan keamanan," kata penunjuk perasaan Eirini Thanou kepada Xinhua.
Seorang lagi penunjuk perasaan, Kostas Asimakis berkata protes itu bertujuan memastikan generasi akan datang tidak menanggung akibat daripada konflik semasa.
“Greece sepatutnya langsung tiada kaitan dengan situasi ini, kerana ia hanya akan mengakibatkan kerugian kepada negara kita,” katanya.
Konflik AS-Israel selama sebulan dengan Iran telah menyebabkan ramai terkorban.
Kematian dianggarkan lebih 1,900 orang bagi pihak Iran dengan lebih 24,800 cedera, manakala dilaporkan sekurang-kurangnya 19 tentera Israel dan 13 tentera AS terkorban.
Perang yang berlanjutan menyebabkan gelombang kejutan merentasi landskap geopolitik dan ekonomi, melonjakkan harga minyak, menjejaskan pasaran antarabangsa dan membebankan ekonomi global.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Greece
#tunjuk perasaan
#perang Iran
#konflik Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan