awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara

Bernama
Bernama
31/01/2024
01:40 MYT
Ribuan rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Kenderaan membawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim beredar keluar dari pekarangan Istana Bukit Serene menuju Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Ribuan rakyat Johor menunggu seawal 6.30 pagi di sepanjang laluan dari Istana Bukit Serene hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai bagi menyaksikan sendiri detik bersejarah keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim ke Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Sultan Ibrahim yang lengkap berpakaian istiadat menaiki kenderaan rasmi meninggalkan Istana Bukit Serene, di sini pada 7.45 pagi dengan diiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Keberangkatan Sultan Ibrahim disaksikan kira-kira 30,000 rakyat Johor, termasuk murid sekolah, penjawat awam negeri serta orang ramai yang berhimpun di sepanjang laluan menghala ke LTAS antaranya Taman Scientex Utama Senai, Taman Aman, Pekan Senai dan Masjid LTAS sebelum berakhir di Hangar Diraja Senai yang mengambil masa sejam.
Perisytiharan Sultan Ibrahim memegang jawatan mengulangi detik bersejarah paduka ayahanda Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail, yang dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.
Setiba di LTAS, Yang di-Pertuan Agong disambut pembesar-pembesar negeri, diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.
Sebelum rombongan diraja berangkat ke Kuala Lumpur menaiki pesawat peribadi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad memimpin bacaan doa, disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kol (B) Datuk Mohamed Perang Musa.
Pesawat peribadi yang membawa Sultan Ibrahim ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, berlepas pada 9 pagi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Agong Kita
#Istiadat Keberangkatan Tiba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan