awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut petir: Dinding rumah Flat Loke Yew tercabut

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/05/2023
02:40 MYT
Ribut petir: Dinding rumah Flat Loke Yew tercabut
DBKL telah menutup kawasan runtuhan dinding berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. - Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Dinding sebuah rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew tercabut susulan hujan lebat beserta ribut yang berlaku di sekitar ibu negara, pada Jumaat malam.
Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihaknya telah menutup kawasan runtuhan dinding berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
"Dinding sementara telah dipasang di rumah terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih dinding dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Selain itu, DBKL berkata, kejadian ribut itu juga turut menyebabkan bumbung blok tercabut melibatkan empat buah rumah di Blok 3, Perumahan Awam Seri Johor.
DBKL telah mengambil tindakan segera dengan menutup kawasan tapak sisa runtuhan bumbung tersebut.
"Kerja-kerja pemasangan kanvas sementara telah dilakukan di bumbung unit terlibat sebelum kerja-kerja baik pulih bumbung dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
"Bekalan elektrik di unit terlibat juga telah diputuskan bagi tujuan keselamatan," katanya.
DBKL memaklumkan, penghuni yang terlibat telah berpindah ke rumah saudara-mara di kawasan berhampiran dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka buat masa ini.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#ribut
#dinding
#Flat Perumahan Awam Loke Yew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan