awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
TERAJU sebagai nadi pemerkasaan Bumiputera di bawah kerangka PuTERA35
Malaysia nilai potensi tenaga nuklear secara menyeluruh, utamakan keselamatan - Chang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing

Bernama
Bernama
06/03/2026
01:19 MYT
Ringgit dibuka hampir mendatar didorong sentimen berhati-hati dalam pasaran pertukaran asing
Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9430/9550 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Asia Barat mereda sepanjang minggu ini.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 3.9430/9550 berbanding dolar AS daripada 3.9415/9480 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen mengelak risiko terus mendominasi pasaran, dengan indeks utama rendah manakala harga minyak kekal tinggi, mencerminkan persekitaran dagangan yang berhati-hati.
Pada peringkat domestik, katanya keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) semalam adalah selaras dengan jangkaan ahli ekonomi dan penggubal dasar dilihat memantau perkembangan di Asia Barat sebelum membuat sebarang perubahan kepada pendirian dasar monetari semasa.
“Oleh itu, ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil hari ini,” katanya.
Setakat ini, minyak mentah Brent diniagakan pada AS$85.41 setong manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun meningkat empat mata asas kepada 4.13 peratus.
Semalam, ringgit ditutup 0.04 peratus lebih rendah berbanding dolar AS pada RM3.9447, selepas bergerak dalam jajaran kecil pada RM3.9305 hingga RM3.9483.
Pada pembukaan dagangan, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.5762/5902 daripada 4.5808/5884 semasa ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5024/5102 daripada 2.5080/5124 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding pound kepada 5.2659/2819 daripada 5.2635/2722 semalam.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.4072/4539 daripada 12.4711/5016 pada Khamis dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0795/0891 daripada 3.0885/0938 semalam.
Mata wang tempatan berubah sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 233.2/234.0 daripada 233.1/233.6 sebelum ini dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.72/6.75 daripada 6.72/6.74.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan