awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka mengukuh dipacu oleh peningkatan harga minyak

Bernama
Bernama
03/08/2021
03:00 MYT
Ringgit dibuka mengukuh dipacu oleh peningkatan harga minyak
Pada 9.10 pagi ini, ringgit berada pada paras 4.2220/2250 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, didorong oleh peningkatan harga minyak mentah.
Pada 9.10 pagi ini, Ringgit berada pada paras 4.2220/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2255 pada akhir urus niaga semalam.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata harga minyak mentah Brent meningkat walaupun para pelabur mengambil kira risiko terhadap penggunaan berikutan penularan varian Delta COVID-19.
"Bagaimanapun, ringgit dijangka terus ditekan aliran penurunan susulan angka kes COVID-19 manakala pelabur turut memantau perkembangan politik negara ini," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1205/1232 daripada 3.1256/1272 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 5.0119/0155 daripada 5.0240/0262.
Unit tempatan itu juga meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8660/8702 daripada 5.8794/8815 sebelum ini namun susut berbanding yen kepada 5.8660/8702 daripada 3.8554/8571.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#minyak mentah
#Bursa Malaysia
#dagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan