awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/04/2020
03:34 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan permintaan yang muncul semula terhadap unit tempatan itu. Gambar fail.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan permintaan yang muncul semula terhadap unit tempatan itu di tengah-tengah pemulihan harga minyak global.
Pada 9.01 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.3570/3650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3600/3680 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit mempunyai korelasi tinggi dengan minyak dan sentimen risiko global.
"Meskipun kesan negatif jangka pendek daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ringgit dijangka terus mencatatkan kekukuhan susulan harga minyak yang stabil," katanya.
Penanda aras minyak mentah dunia Brent Crude berada di paras stabil AS$21.20 setong setakat 9.26 pagi.
Bagaimanapun, pada pembukaan, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0612/0679 daripada 3.0594/0657 pada penutup Jumaat minggu lepas dan susut berbanding yen kepada 4.0500/0586 daripada 4.0494/0576.
Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3914/4021 daripada 5.3741/3853 dan turun berbanding euro kepada 4.7143/7234 daripada 4.6927/7030 sebelumnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#Brent Crude
#dibuka
#dolar AS
#Global AxiCorp
#ringgit
#Stephen Innes
#tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan