awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
05/06/2020
02:39 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan. -Gambar fail
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan susulan mata wang Amerika Syarikat itu tidak dapat bertahan dengan sentimen risiko yang tinggi.
Pada 9.23 pagi ini, ringgit berada pada 4.2640/2720 berbanding dolar AS daripada 4.2740/2810 semasa ditutup semalam.
Dalam nota, Ketua Ekonomi/Ketua Penyelidikan AmBank Group, Anthony Dass berkata dolar AS telah menghadapi tekanan sejak awal bulan ini dan kini dijangka akan meneruskan aliran penurunan apabila banyak negara mula mengurangkan sekatan pergerakan, yang membantu menggalakkan harga minyak mentah kepada bulan terbaik dalam rekod.
"Peningkatan ringgit pada masa ini didorong oleh dolar AS yang lemah, harga minyak yang kukuh dan jangkaan yang meningkat mengenai pengurangan kadar pada Julai.
"Oleh itu, pada Jun, dijangka peningkatan nilai untuk ringgit. Sehubungan itu, unjuran tinggi pada Jun ialah 4.22 dan rendah pada 4.31," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun, yang meningkat kepada 3.9080/9157 daripada 3.9225/9293.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0505/0569 daripada 3.0483/0544, rendah berbanding pound kepada 5.3654/3776 daripada 5.3549/3645 dan susut berbanding euro kepada 4.8307/8410 daripada 4.7865/7947.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AmBank Group
#Anthony Dass
#dolar AS
#peningkatan nilai untuk ringgit
#Peningkatan ringgit
#sekatan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan