awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekumpulan individu bertopeng ceroboh pusat hiburan di Cheras
Bomba berjaya padam tiga kes kebakaran belukar lebih dua hektar di Pasir Mas
PRU16: UMNO Terengganu ketengah calon 'favourite' rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS

Reuters
Reuters
26/02/2026
01:21 MYT
Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.8850/8960 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang positif dan dolar AS yang lemah.
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 3.8850/8960 berbanding dolar AS daripada 3.8900/8955 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kerajaan dalam proses menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini, yang pada masa ini pada 4.0 hingga 4.5 peratus.
“Berdasarkan prestasi tahun lepas, semakan tersebut dijangka meningkat dan ini menunjukkan prospek positif,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dasar monetari merupakan satu lagi faktor sokongan berikutan bank pusat dijangka tidak menurunkan kadar faedah dan berkemungkinan mengekalkan pendirian dasar semasanya.
Sementara itu, di Washington, Indeks Dolar AS (DXY) merosot 0.17 peratus kepada 97.675 mata.
Pada Rabu, dolar AS-ringgit berada hampir kepada paras sokongan segera pada RM3.8722 sebelum diniagakan pada RM3.8855 pada sesi dagangan petang.
“Oleh itu, ringgit dijangka terus mendapat sokongan yang baik dalam tempoh terdekat berikutan prospek dolar AS yang lemah dan prospek ekonomi Malaysia yang positif,” katanya.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.4878/4950 daripada 2.4848/4885 semasa ditutup pada Rabu, merosot berbanding pound kepada 5.2669/2818 daripada 5.2585/2659 dan menyusut berbanding euro kepada 4.5901/6031 daripada 4.5855/5920 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.4988/5418 daripada 12.5121/5374 semasa ditutup semalam, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 231.2/232.0 daripada 231.5/231.9 dan naik berbanding peso Filipina kepada 6.75/6.78 daripada 6.76/6.78 sebelum ini.
Bagaimanapun, mata wang tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0850 daripada 3.0736/0782 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan