awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kekal rakan dipercayai Australia - PM Anwar
Pengeluaran telefon pintar global susut 4.1 peratus pada Q1 - IDC
WhatsApp uji antara muka Liquid Glass untuk pengguna beta iOS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan aktiviti ambil untung

Bernama
Bernama
15/04/2026
11:13 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS susulan aktiviti ambil untung
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 3.9550/9600 berbanding dolar AS daripada 3.9500/9545 semasa ditutup semalam. - Gambar fail
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini, menurut penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 3.9550/9600 berbanding dolar AS daripada 3.9500/9545 semasa ditutup semalam.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ringgit kini bertindak sebagai mata wang yang lebih sensitif kepada perubahan pasaran serantau berikutan prestasi kukuh ringgit baru-baru ini menyebabkannya terdedah kepada pengambilan untung dalam jangka pendek dan pelarasan dipacu oleh aliran dana walaupun asas makroekonomi Malaysia kekal kukuh.
Bercakap kepada Bernama, katanya penyusutan ringgit hari ini sebahagian besarnya berpunca daripada kedudukan global dan bukan disebabkan sebarang kelemahan dalam asas ekonomi negara.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat sebanyak 0.14 peratus kepada 98.245 mata.
Sehubungan itu, katanya pengukuhan dolar AS terus memberi tekanan yang kecil kepada ringgit.
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan rendah berbanding pound Britain kepada 5.3614/3682 daripada 5.3495/3556 semasa ditutup pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.6594/6653 daripada 4.6567/6620 semalam dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.4890/4923 daripada 2.4847/4877 sebelumnya.
Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1095/1139 daripada 3.1053/1091 pada Selasa dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 230.7/231.0 daripada 230.6/231.0.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3098/3330 daripada 12.3183/3397 semalam dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.58/6.59 daripada 6.59/6.61 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Mohd Sedek Jantan
#Mohd Afzanizam Abdul Rashid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan