awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2016
11:42 MYT
RISDA bentang kertas cadangan penanaman ketum Rabu ini
Datuk Seri Ismail menjelaskan, sekiranya cadangan tersebut lebih kepada kemudaratan, rancangan penanaman tidak perlu diteruskan. - Gambar fail
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membentangkan kertas cadangan mengenai penanaman pokok ketum Rabu ini.
Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, pihaknya akan meneliti secara holistik cadangan tersebut sebelum diluluskan.
Datuk Seri Ismail menjelaskan, sekiranya cadangan tersebut lebih kepada kemudaratan, rancangan itu tidak perlu diteruskan.
“Walau bagaimanapun saya belum membuat keputusan kerana perlu berlaku adil kepada RISDA supaya dibentangkan pada Rabu.
“Walau apa pun yang berlaku, pandangan rakyat itu menjadi keutamaan, selain dari kita mesti hormati pandangan KDN, KKM dan negeri-negeri. Sebab kita hendak tanam dalam negeri mereka kita tidak boleh tidak pedulikan pandangan mereka,” katanya yang ditemui Astro AWANI hari ini.
Meskipun mengakui daun ketum mempunyai kebaikan tersendiri, namun tegas beliau, suara rakyat menjadi keutamaan pihaknya.
Beliau mengulas mengenai cadangan RISDA agar kerajaan menimbang membenarkan pekebun kecil menanam ketum kerana potensi daun berkenaan dalam sektor perubatan dalam pasaran antarabangsa.
RISDA minggu lalu mencadangkan untuk mengusahakan projek perintis di negeri-negeri di utara Semenanjung sebelum dilaksanakan secara besar-besaran di seluruh negara selepas bekalan ketum mendapat permintaan tinggi daripada farmasi di Amerika Syarikat dan Eropah.
Topic Berkaitan
#daun ketum
#ismail sabri yaakob
#Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
#Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#risda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan