awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM1.47 juta bayaran 'one-off' untuk bilal, siak masjid di Perak

Bernama
Bernama
15/06/2017
23:41 MYT
RM1.47 juta bayaran 'one-off' untuk bilal, siak masjid di Perak
Zambry (kiri) menyampaikan replika cek berjumlah RM1.47 juta kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin (dua, kanan) untuk diagihkan kepada pegawai masjid pada program di kediamannya malam tadi. -- fotoBERNAMA
Sejumlah RM1.47 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan bagi pembayaran khas secara ''one-off'' kepada 2,950 bilal dan siak di seluruh negeri Perak.
Anggota Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria berkata bilal dan siak dari 688 masjid di seluruh negeri itu akan menerima bayaran RM500 setiap seorang.
"Saya harap insentif yang diberikan kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas majlis Ijtimak Belia Masjid Peringkat Negeri Perak 2017 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, malam tadi.
Mohd Nizar berkata proses pembayaran akan dilakukan secara berperingkat mulai minggu depan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bilal
#siak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan