awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar

Bernama
Bernama
04/08/2024
09:04 MYT
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di Kota Kinabalu hari ini. - Gambar/ Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini, dan bukan hanya untuk pembangunan sahaja.
Beliau berkata jumlah itu adalah untuk perbelanjaan pelbagai perkara antaranya sekolah, pendidikan untuk anak-anak, menjaga sempadan bagi keselamatan rakyat dan pembangunan negeri.
Justeru, katanya dakwaan kononnya beliau menipu tentang peruntukan itu tidak benar sama sekali dan menasihatkan kepada semua pihak terutama pemimpin yang dianggapnya sebagai kawan, supaya mendapatkan maklumat yang sahih atau terus bertanya kepadanya sebelum mengeluarkan kenyataan.
"Tidak hanya RM6.6 bilion sahaja (peruntukan untuk Sabah seperti didakwa), kerana RM6.6 bilion itu hanya peruntukan pembangunan...siapa nak bayar guru, siapa nak baiki jalan dan jaga sempadan... itu semua termasuk dalam RM16 bilion. Ada yang kata letak (nombor) satu di depan jadilah RM16 bilion, jangan begitu.
"Kalau mahu jadi kawan, perangai macam kawan. Mesti ada adab sebagai kawan. Tidak perlu cakap terima kasih kepada kita, hanya hargailah sikit. Kalau tidak cukup kita runding, minta lagi secara baik sebagai kawan itu tiada masalah," katanya berucap pada Konvensyen Keadilan Sabah di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#peruntukan pembangunan
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan