awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan guru dakwa Zara Qairina dimasukkan dalam mesin basuh disambung Jun
Anthropic tangguh pelancaran model AI ‘Claude Mythos’ susulan risiko keselamatan siber
U Mobile lancar pelan ULTRA5G baharu, tawar kelajuan, keselamatan dan akses keutamaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM17 juta bantu anak pencarum Perkeso sambung pelajaran

Bernama
Bernama
06/01/2017
14:37 MYT
RM17 juta bantu anak pencarum Perkeso sambung pelajaran
Sebanyak RM17 juta diperuntukkan Kementerian Sumber Manusia menerusi Perkeso di bawah Skim Pinjaman Pendidikan dan Biasiswa untuk anak pencarum. - Gambar fail
Sebanyak RM17 juta diperuntukkan Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Skim Pinjaman Pendidikan dan Biasiswa untuk anak pencarum yang berjaya melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam dalam dan luar negara tahun ini.
Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata sejak skim itu diperkenalkan pada 1997 hingga November lepas sebanyak 8,490 permohonan diterima dan daripada jumlah berkenaan hanya 4,597 permohonan diluluskan membabitkan peruntukan sejumlah RM95 juta.
"Ini menunjukkan kerajaan prihatin dan cakna terhadap anak-anak pencarum yang berjaya bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dengan dibiayai PERKESO kerana kerajaan mahukan anak-anak ini terus maju dan berjaya sekali gus dapat menjamin masa depan keluarga.
"Kerajaan tidak akan membiarkan anak-anak pencarum yang berjaya tetapi tidak dapat melanjutkan pengajian hanya semata-mata masalah kewangan, sebaliknya akan memberikan bantuan serta biasiswa di bawah skim pinjaman pendidikan PERKESO," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lima rumah warga emas, pesakit kronik, Orang Kelainan Upaya pada program Ziarah UMNO Bahagian Maran di Felda Jengka 1 dekat sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail berkata sejak tahun 2014 hingga November lalu, PERKESO telah membayar pencen ilat kepada 2,369 ahli yang terbabit dalam kemalangan di negeri ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM20.82 juta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Abd Mutallib
#Kementerian Sumber Manusia
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan