awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak - Mahdzir

Astro Awani
Astro Awani
25/11/2021
11:28 MYT
RM80 juta peruntukan elaun JKKK Sarawak - Mahdzir
Abang Johari (dua dari kiri) dan Mahdzir hadir pada Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Marudi, Miri hari ini. - Foto Astro AWANI
MIRI: Kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM80 juta setahun bagi pembayaran elaun Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Wilayah Sarawak.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jemaah Kabinet pada 19 November lalu memutuskan elaun Setiausaha JKKK, elaun pengendalian mesyuarat dan elaun kehadiran mesyuarat JKKK di Wilayah Sarawak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
"Suka saya maklumkan bahawa elaun bagi Pengerusi JKKK Sarawak sudah dibayar dan atas persetujuan Kerajaan Sarawak juga, elaun bagi Setiausaha JKKK Sarawak dan elaun mesyuarat JKKK akan dibayar tidak lama lagi.
“Saya juga ingin memaklumkan bahawa jumlah peruntukan elaun tahunan itu adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan sempena Majlis Pelancaran Projek Bekalan Air Luar Bandar Kawasan Marudi, hari ini.
Ia yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Mahdzir berkata, pembayaran bagi ketiga-tiga elaun tersebut yang sebelum ini menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak, dilihat dapat memperkasakan lagi jentera pentadbiran JKKK di peringkat akar umbi.
Selain itu, ia dijangka mengurangkan beban kewangan Kerajaan Sarawak khususnya dalam pelaksanaan program pembangunan luar bandar yang melibatkan peranan institusi JKKK, tambahnya.
"Ini adalah sebagai tambahan kepada elaun Pengerusi JKKK Wilayah Sarawak yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini sebanyak RM35.8 juta setahun," ujar beliau.
Kerajaan Persekutuan menurut Mahdzir, menyediakan peruntukan lebih RM213 juta bagi pembayaran elaun kepada 15,434 JKKK dan JPKKP di seluruh negara setiap tahun.
Kementerian juga kata beliau, melihat peranan JKKK dan JPKKP adalah amat penting terutamanya dalam situasi negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Justeru tegas Mahdzir, JKKK dan JPKKP bukan sahaja berperanan sebagai ejen penyampai maklumat terkini daripada pihak kerajaan kepada komuniti setempat, sebaliknya turut terlibat sebagai pelaksana pelbagai program pemerkasaan komuniti yang dianjurkan oleh kerajaan.
Topic Berkaitan
#Mahdzir Khalid
#Sarawak Memilih
#Peruntukan RM80 juta
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan