awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: RMK13, Belanjawan 2027 perlu diteliti semula - Ahmad Zahid
Kertas siasatan kes tembak Durian Tunggal sedang diteliti - AGC
Pelancong Malaysia ke India wajib mohon kad ketibaan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Robot Honor berjaya mengatasi rekod dunia manusia dalam larian separuh maraton

Amanz
Amanz
20/04/2026
02:42 MYT
Robot Honor berjaya mengatasi rekod dunia manusia dalam larian separuh maraton
- Foto Amanz
HONOR sebelum ini sedia memperlihatkan robot berbentuk manusia mereka kepada umum, dan menyasarkan menawarkannya dengan meluas dalam beberapa tahun lagi.
Selari dengan pembangunannya, pada Ahad, Honor turut membawa robot yang dibangunkan mereka menyertai larian separuh maraton yang diadakan di Beijing.
Larian yang menggabungkan pelari manusia dan robot ini dianjurkan buat kali kedua.
Pada tahun lepas, ia memperlihatkan sejumlah besar robot gagal menyelesaikan larian masing-masing, dan robot yang paling laju ketika itu menghabiskan larian separuh maraton dalam masa 2 jam 40 minit.
Namun, untuk tahun 2026 ini, ia menyaksikan robot yang dibangunkan di China berkembang pesat.
Lebih 100 robot menyertai larian kali ini, termasuk pihak Honor dengan robot mereka.
Robot Honor berjaya menghabiskan larian dalam masa 50 minit dan 26 saat, iaitu beberapa minit lebih laju berbanding pemegang rekod dunia untuk manusia, iaitu Jacob Kiplimo, yang mencatatkan masa 57 minit dan 20 saat pada bulan lepas.
Berlari untuk tempoh masa yang lama ini merupakan sebahagian daripada kejuruteraan, yang menggabungkan sejumlah ilmu teknikal, termasuk untuk penyejukan, kestabilan ketika berlari, sokongan dan lain-lain.
Selain lebih 100 robot, larian yang diadakan setiap tahun ini turut menyaksikan lebih 12,000 orang turut menyertainya.
Topic Berkaitan
#robot
#maraton
#China
#Honor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan