awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan besar-besaran PDRM selepas Aidilfitri

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
11/06/2017
01:19 MYT
Rombakan besar-besaran PDRM selepas Aidilfitri
KHALID: PDRM akan melakukan rombakan besar di peringkat atasan, mungkin selepas raya. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melakukan rombakan besar-besaran melibatkan pegawai atasannya dalam masa terdekat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini PDRM telah pun menukar beberapa anggota pelbagai pangkat peringkat bawahan membabitkan jabatan yang disifatkan sebagai sensitif.
Menurut Khalid, terbaharu, lebih 20 anggota pelbagai pangkat daripada Jabatan Narkotik telah pun ditukarkan ke bahagian lain.
Namun, katanya, pertukaran yang bakal dan telah pun dilakukan itu merupakan amalan biasa PDRM.
“Narkotik ada banyak bahagian, jadi maksud saya tadi Jabatan Narkotik sahaja, manakala lain-lain jabatan juga akan berlaku sedikit perubahan.
“PDRM akan melakukan rombakan besar di peringkat atasan, mungkin selepas raya,” kata Khalid.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Singgah Sahur Ketua Polis Negara di Balai Polis Pekan Baru, Ipoh pada Ahad.
Pada 20 Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan PDRM melakukan “pembersihan” besar-besaran dalam kalangan anggotanya bagi mengekang masalah integriti agar tidak terus menular.
Topic Berkaitan
#Jabatan Narkotik
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#PDRM
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan