awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria

Bernama
Bernama
26/02/2026
15:07 MYT
Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria
Penyerang Al Nassr dan Portugal itu memperoleh saham melalui anak syarikat CR7 Sports dan pelaburan itu sebahagian daripada konsortium pemilikan kelab yang diterajui oleh Kumpulan SMC.
Cristiano Ronaldo membeli 25 peratus saham dalam kelab UD Almeria, lapor PA Media/dpa, memetik pengumuman kelab Sepanyol itu.
Penyerang Al Nassr dan Portugal itu memperoleh saham melalui anak syarikat CR7 Sports dan pelaburan itu sebahagian daripada konsortium pemilikan kelab yang diterajui oleh Kumpulan SMC.
Almeria kini berada di kedudukan ketiga dalam Segunda Division dan ketinggalan dua mata daripada pendahulu liga, Racing, dalam usaha untuk naik ke La Liga.
Ronaldo berkata melalui akaun X kelab: "Telah menjadi impian lama saya untuk menyumbang kepada bola sepak, bukan hanya di padang. UD Almeria adalah kelab Sepanyol dengan asas kukuh dan potensi jelas untuk berkembang.
Saya menantikan peluang bekerjasama dengan pasukan kepimpinan bagi menyokong fasa seterusnya pertumbuhan kelab."
Presiden Almeria, Mohamed Al Khereiji berkata: "Kami sangat gembira Cristiano memilih untuk melabur dalam kelab kami.
Dia dianggap sebagai pemain terhebat yang pernah bermain, beliau memahami bola sepak Sepanyol dengan baik dan memahami potensi apa yang kami bina di sini, dari segi pasukan dan akademi."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#peratus saham
#kelab bola sepak Sepanyol
#Almeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan