awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rubio batal lebih banyak status penduduk tetap dikaitkan dengan Iran

Bernama
Bernama
12/04/2026
06:00 MYT
Rubio batal lebih banyak status penduduk tetap dikaitkan dengan Iran
Marco Rubio. - Gambar/ Reuters
Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengumumkan bahawa tiga warga Iran yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negara itu telah ditahan ejen persekutuan selepas Setiausaha Negara Marco Rubio menamatkan status penduduk tetap mereka, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan di laman sesawang Jabatan Negara, Seyed Eissa Hashemi, Maryam Tahmasebi dan anak lelaki mereka kini berada dalam tahanan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE) sementara menunggu proses pengusiran dari negara itu.
Kenyataan itu menyebut Eissa Hashemi ialah anak kepada Masoumeh Ebtekar, jurucakap kumpulan pelajar revolusi Islam yang menyerbu Kedutaan AS di Tehran pada 1979 dan menahan 52 rakyat Amerika sebagai tebusan selama 444 hari.
Ebtekar pernah berkhidmat sebagai naib presiden Iran dari 2017 hingga 2021.
Hashemi, Tahmasebi dan anak mereka memasuki AS pada 2014 menggunakan visa yang dikeluarkan semasa pentadbiran Obama, menurut kenyataan itu.
Minggu lepas, Rubio turut menamatkan status sah anak saudara perempuan dan cucu saudara perempuan kepada Mejar Jeneral Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Qasem Soleimani.
Hamideh Afshar Soleimani dan anak perempuannya kini turut berada dalam tahanan ICE.
Rubio juga menamatkan status penduduk tetap Fatemeh Ardeshir-Larijani, anak perempuan bekas Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Larijani, serta suaminya Seyed Kalantar Motamedi.
Menurut kenyataan itu, kedua-duanya tidak lagi berada di AS dan dilarang memasuki semula negara itu pada masa hadapan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Marco Rubio
#Penduduk Tetap
#warga Iran
#ice
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan