awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah, enam motosikal musnah dalam kebakaran di Parit Buntar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/07/2022
16:40 MYT
Rumah, enam motosikal musnah dalam kebakaran di Parit Buntar
Sebuah rumah musnah dalam kebakaran berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Baru, Parit Buntar, pada Jumaat malam. - Foto ihsan JBPM Perak
PARIT BUNTAR: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran berhampiran Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu, dekat sini, pada Jumaat malam.
Turut musnah ialah enam buah motosikal pelbagai model.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8 malam.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas B berkeluasan 22 X 50 musnah terbakar 80 peratus.
“Kebakaran turut melibatkan enam buah motosikal pelbagai model yang musnah terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, tiada mangsa terlibat.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan tiga aliran 200 kaki dengan enam pancutan bersumberkan air dari pili bomba.
Selain anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Bagan Serai, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Pantai, PBS Parit Buntar dan PBS Kuala Kurau.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Muhamad Irham Mohd Zin tamat kira-kira jam 11 malam.
Topic Berkaitan
#rumah musnah
#kebakaran
#parit buntar
#Sekolah Kebangsaan Jalan Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan