awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TSMC catat pertumbuhan kukuh susulan lonjakan cip AI
Samsung perluas ciri keselamatan AI ke barisan peranti boleh lipat
Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada keluarga Prebet Muhammad Amirul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah kontena bukan kerana miskin

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
05/12/2014
15:21 MYT
Rumah kontena bukan kerana miskin
Azree (kiri) & Ikhwan lebih suka tinggal dalam rumah kontena
Ramai yang salah anggap bahawa keputusan Muhamad Azree Abdul Rahim untuk membuat rumah daripada kontena sebagai satu pilihan terakhir akibat harga rumah yang terus melambung tinggi.
Hakikatnya, Azree membina rumah daripada sebuah kontena yang diubah suai adalah mengikut citarasanya sendiri selepas tertarik dengan apa yang dibuat rakannya, Kapten Ikhwan Azilah.
Malah Ikhwan yang mengusahakan sukan rekreasi luncur udara ataupun paragliding di Bukit Jugra turut memiliki sebuah rumah di Gurney Heights, Kuala Lumpur tetapi lebih gemar tinggal di rumah kontena yang diubah suai di kawasan bukit itu.
Azree pula bekerja sebagai seorang jurutera perisian komputer di Shah Alam.
Tambahnya lagi, dia mampu membeli rumah besar tetapi lebih suka membuat rumah di atas tanah yang dimilikinya sendiri sekaligus menjimatkan wang.
Baginya membeli rumah hanya mengayakan pemaju dan menyebabkan kehidupan dibebani hutang.
Ikuti video temubual Azree dan Ikhwan dalam Awani 745 sebentar tadi.
Topic Berkaitan
#rumah kontena
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan