awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh

Bernama
Bernama
12/01/2023
13:03 MYT
Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini. - Gambar fail
PADANG BESAR: Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam kejadian lebih kurang 1.20 tengah hari itu, wanita tersebut terperangkap di dalam rumahnya.
"Setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 1.35 tengah hari, mereka menemukan mayat seorang wanita berusia 61 tahun itu di dalam sebuah bilik," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa terbakar hampir 90 peratus dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Katanya kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita warga emas
#kebakaran
#Felcra Lubuk Sireh
#Polis Daerah Padang Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan