awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan kontrak LRT Pulau Pinang antara MRT Corp, kontraktor pada peringkat akhir

Bernama
Bernama
23/10/2024
21:00 MYT
Rundingan kontrak LRT Pulau Pinang antara MRT Corp, kontraktor pada peringkat akhir
Zairil berkata beliau yakin pembinaan projek berkenaan dapat dimulakan sebelum akhir tahun ini seperti dirancang. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Rundingan kontrak projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dengan kontraktor SRS Konsortium kini pada peringkat akhir.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata beliau yakin pembinaan projek berkenaan dapat dimulakan sebelum akhir tahun ini seperti dirancang.
"Dalam mesyuarat bersama MRT Corp, saya telah dimaklumkan status terkini rundingan kontrak dengan SRS Konsortium dan saya percaya kertas cadangan terbaharu juga telah dihantar mereka," katanya dalam sidang media bersempena dengan penganjuran Karnival Penang Go Digital di Komtar di sini pada Rabu.
Zairil berkata MRT Corp juga telah mengenal pasti beberapa lokasi penganjuran majlis pecah tanah dan kerja-kerja pembinaan kemudian akan dimulakan secara serentak di beberapa lokasi.
Sebelum ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata tarikh majlis pecah tanah hanya akan diumumkan Kementerian Pengangkutan selepas perjanjian antara MRT Corp dan SRS Konsortium dimeterai melibatkan pembinaan laluan bagi segmen pertama iaitu dari Pulau Silikon ke Komtar.
Pada 29 Mac lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan kerajaan Persekutuan secara rasmi mengambil alih projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang daripada kerajaan negeri dengan MRT Corp dilantik sebagai pemaju dan pemilik aset.
Perolehan projek terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu untuk kerja-kerja pembinaan sivil bagi Segmen 1, iaitu jajaran Pulau Silikon ke Komtar; kerja-kerja untuk pembinaan sivil bagi Segmen 2, iaitu jajaran dari Komtar ke Penang Sentral, dan kontrak turnkey kerja-kerja sistem dan gerabak secara bina-selenggara-pindah (BMT).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MRT Corp
#pembinaan sivil
#pemilik aset
#peringkat akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan