awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan terus AS-Iran akan dilakukan dalam masa terdekat - Menteri Luar Jerman

Bernama
Bernama
27/03/2026
12:22 MYT
Rundingan terus AS-Iran akan dilakukan dalam masa terdekat - Menteri Luar Jerman
Johann Wadephul turut menegaskan semula kesediaan Jerman untuk membantu memastikan keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz selepas perang berakhir. - Gambar fail

Menteri Luar Jerman berkata pada Jumaat bahawa persiapan sedang dijalankan bagi satu pertemuan langsung antara wakil Amerika Syarikat (AS) dan Iran sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik untuk menamatkan perang di Iran, lapor Anadolu Ajansi.

“Ini dilaporkan akan berlangsung di Pakistan dalam masa terdekat,” kata Johann Wadephul kepada penyiar awam Deutschlandfunk.
Beliau berkata berdasarkan pengetahuannya, sebelum ini berlaku hubungan tidak langsung antara kedua-dua pihak. Beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai “tanda awal harapan dan keyakinan.”
Wadephul berkata: “Nampaknya pendirian awal bertukar secara bertulis melalui pihak ketiga.” Namun beliau menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui secara tepat “siapa yang memudah cara semua ini.”
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, “mungkin akan memberikan penjelasan yang lebih terperinci” apabila menteri luar G7 bertemu di Perancis pada Jumaat, kata Wadephul.
Bagaimanapun, beliau menyatakan tidak wajar untuk membincangkan perkara sebegitu secara terlalu terbuka. Wadephul turut menegaskan semula kesediaan Jerman untuk membantu memastikan keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz selepas perang berakhir.
“Seperti yang kami sentiasa katakan: Apabila perang ini berakhir, Jerman pada dasarnya bersedia untuk mempertimbangkan sama ada kami boleh membantu menjamin keselamatan perkapalan di Selat Hormuz. Tetapi kita perlu sampai ke tahap itu terlebih dahulu,” katanya.
Dalam mesyuarat berterusan Kumpulan Tujuh (G7) yang merangkumi Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat, Wadephul berkata beliau berhasrat membincangkan cara untuk menamatkan permusuhan.
Matlamatnya adalah untuk memahami strategi dan kepentingan AS. “Kami juga, sudah tentu, akan menegaskan kepentingan kami di sana,” katanya. Wadephul menyebut usaha mengehadkan kesan ekonomi perang sebagai antara contoh, dengan merujuk kepada kenaikan harga bahan api.
Kesan itu tidak dapat dikawal melalui peraturan undang-undang semata-mata, “tetapi hanya dengan menyelesaikan konflik ini,” katanya.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Jerman
#mesyuarat
#AS
#Iran
#Johann Wadephul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan