awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuatiri tertimbus

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/03/2022
06:18 MYT
Runtuhan batu kuari: Dua cedera, dua hilang dikhuatiri tertimbus
Pihak bomba dan polis telah berada di lokasi kejadian bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus. - Astro AWANI
IPOH: Dua orang terselamat manakala dua lagi masih hilang apabila bukit batu kapur di sebuah kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh runtuh, pada Selasa pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.40 pagi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat, terdapat empat mangsa, dua dapat menyelamatkan diri manakala dua yang lain masih tertimbus di bawah runtuhan batu.
Katanya, Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) diatur ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Tinjauan Astro AWANI mendapati pihak bomba dan polis telah berada di lokasi kejadian bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.
Operasi melibatkan 18 pegawai dan anggota bomba, 13 polis, Pejabat Tanah dan Galian Daerah serta Jabatan Mineral dan Geosains Perak.
Difahamkan, salah seorang mangsa ialah lelaki Orang Asli yang dikenali sebagai Itam Bah Lasoh, 43, manakala seorang lagi masih belum dikenal pasti.
Kedua-dua mangsa dipercayai pemandu jengkaut di lokasi kejadian. Mangsa yang cedera pula berusia 35 dan 38 tahun.
BACA: Runtuhan batu kuari: Pergerakan tanah dikhuatiri masih berlaku
Topic Berkaitan
#runtuhan kuari
#mangsa tertimbus
#Tambun
#simpang pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan