awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Runtuhan cerun bukan di Bukit Miku - Nanta

Bernama
Bernama
17/12/2022
08:37 MYT
Runtuhan cerun bukan di Bukit Miku - Nanta
Nanta berkata sebaliknya, kejadian runtuhan jalan itu berlaku di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis dan ia dirakam pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan. - Gambar media sosial
KUALA LUMPUR: Rakaman video tular mendakwa berlaku runtuhan cerun di jalan Bukit Miku, Negeri Sembilan, adalah tidak benar, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sebaliknya, kejadian runtuhan jalan itu berlaku di laluan FT 009 Seksyen 7.3 Jalan Tampin-Kuala Pilah-Manchis dan ia dirakam pengguna jalan raya pada awal kejadian runtuhan.
Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengambil tindakan pantas pada 1 Dis lalu dengan menutup laluan jalan yang terjejas bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan dan untuk keselamatan pengguna.
"Laluan alternatif telah disediakan iaitu Jalan Ulu Keru-Air Mawang kepada pengguna jalan raya yang mahu ke Tampin atau Kuala Pilah," kata Nanta dalam kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang prihatin dan berkongsi kejadian itu demi kebaikan serta keselamatan bersama, Nanta berkata kerja-kerja pembaikan jalan terbabit akan dimulakan pada Januari depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Runtuhan cerun
#video tular
#Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan