awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusuhan kuil: Polis sahkan penahanan 42 individu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/11/2018
06:00 MYT
Rusuhan kuil: Polis sahkan penahanan 42 individu
MOHAMAD FUZI: Polis sudah menahan 42 individu berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman. -BERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sudah menahan 42 individu berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada Isnin.
Jumlah itu termasuk beberapa orang yang ditahan pada Khamis.
Ketika ditanya pemberita tentang situasi di kuil tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keadaan di sekitar kawasan berkenaan hampir pulih sepenuhnya.
Malah, menurutnya, tindakan 25 hingga 50 individu yang mengadakan protes di tapak kuil berkenaan pada tengah hari semalam tidak memberi ancaman kepada tahap keselamatan di tapak berkenaan.
Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak antara Datuk Hasnan Hassan dan Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Razaruddin Husain di Ipoh, hari ini.
“Saya yakin usaha pemulihan ini akan dibuat dan operasi kita memburu mereka yang terlibat dengan insiden di sekitar kuil berkenaan akan dilaksananakan dengan berkesan,” kata Mohamad Fuzi.
Seorang anggota bomba dilaporkan kritikal dipercayai akibat dipukul ketika menjalankan tugas memadam api di lokasi kejadian.
Topic Berkaitan
#bomba
#Ipoh
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#kuil sri maha mariamman
#Malaysia
#Mohamad Fuzi Harun
#operasi
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#protes
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan