awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
Institusi pendidikan perlu percepat pengenalan kursus, disiplin baharu - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU had tempoh jawatan PM: Sangkut dalam 'jam', antara alasan MP tidak hadir

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/03/2026
09:43 MYT
RUU had tempoh jawatan PM: Sangkut dalam 'jam', antara alasan MP tidak hadir
Fahmi Fadzil mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Cyberjaya pada Selasa. -Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Alasan yang diberikan beberapa Ahli Parlimen susulan ketidakhadiran mereka ketika pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, Isnin lalu, menjadi perhatian, dengan jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan penjelasan tertentu sebagai 'luar biasa'.

Menurutnya, ada dalam kalangan wakil rakyat terbabit memberi alasan 'tersangkut' dalam kesesakan lalu lintas.

"Bukan Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanya, tetapi Ketua Whip dan terutama Ketua Whip sendiri sudah pun bertanya.

"Saya lihat raut wajah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof) kelihatan sedikit kecewa apabila dimaklumkan lapan Ahli Parlimen tidak hadir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), di sini, pada Selasa.

Fahmi berkata, beliau difahamkan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berada di hospital, manakala Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri M Saravanan memaklumkan perlu menghadiri upacara keagamaan.

"Yang lain ada memaklumkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

"Cuma jawapan Ahli Parlimen Bukit Gantang (Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal) itu luar biasa," katanya.

Selain tiga Ahli Parlimen itu, lima lagi yang tidak hadir adalah Datuk Henry Sum Agong (Lawas), Riduan Rubin (Tenom), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Sembrong), Datuk Larry Soon (Julau), dan Datuk Seri Dr Jeffrey@ Kitingan (Keningau).

Dewan Rakyat pada Isnin gagal meluluskan pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun selepas undian tidak mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Dalam undi blok berkenaan, seramai 146 Ahli Parlimen menyokong RUU itu, 44 berkecuali manakala 32 tidak hadir.

Sekurang-kurangnya 148 undi diperlukan bagi mencapai majoriti dua pertiga untuk meluluskan pindaan Perlembagaan.

Mereka yang tidak hadir terdiri daripada tiga Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), dua Ahli Parlimen Bebas, serta masing-masing seorang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kementerian komunikasi
#had kuasa
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan