awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Hudud: MP bukan Islam harus beri laluan - Abdul Hadi

Bernama
Bernama
30/03/2015
15:01 MYT
RUU Hudud: MP bukan Islam harus beri laluan - Abdul Hadi
Abdul Hadi menjangkakan usul itu akan dibaca untuk kali pertama sebelum 9 April depan - tarikh akhir persidangan kali ini. - Foto Astro AWANI
Anggota Parlimen (MP) bukan Islam diminta memberi laluan kepada Rang Undang-undang (RUU) Persendirian berkaitan hudud apabila ia dibentangkan di Parlimen oleh PAS.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini adalah atas semangat Perlembagaan Persekutuan, dan hal tersebut tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam.
Perlembagaan negara jelas menyatakan Islam adalah agama rasmi negara, manakala agama lain bebas untuk diamalkan orang bukan Islam, kata Abdul Hadi pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PAS Pusat di Ibu Pejabat parti itu, di sini hari ini.
Kepada MP Islam pula, Hadi meminta mereka menyokong (RUU) tersebut tanpa mengira parti politik mana mereka anggotai.
Pada 18 Mac lepas, Abdul Hadi mengemukakan notis bagi usul RUU tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat.
Beliau menjangkakan usul itu akan dibaca untuk kali pertama sebelum 9 April depan - tarikh akhir persidangan kali ini.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan penolong setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.
Sementara itu, Takiyuddin yang juga MP Kota Baharu berkata, Abdul Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah di Dewan Rakyat bagi RUU itu diluluskan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#hudud
#Kanun Jenayah Syariah
#Parlimen
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan