awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tidak berperikemanusiaan' - UNICEF beri amaran kesan serangan udara Israel terhadap kanak-kanak di Lubnan
Asia Pacific faces weaker growth and higher inflation from Middle East crisis, says ADB
Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya tinggi, dipacu saham teknologi, hartanah dan pembinaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU hudud mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini - Nancy

Bernama
Bernama
22/03/2015
00:05 MYT
RUU hudud mungkin tidak dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini - Nancy
NANCY: RUU berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang kali ini. -Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Kelantan tidak mungkin dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang.
Beliau berkata ini berikutan banyak lagi Rang Undang-Undang kerajaan perlu dibentangkan pada sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April hadapan.
"Saya difahamkan Speaker Dewan (Tan Seri Pandikar Amin Mulia) sudah menerima Rang Undang-undang Persendirian mengenai hudud ini, tetapi belum tahu sama ada akan dibentangkan atau tidak.
"Kerana banyak bill (RUU) kerajaan seperti rang undang-undang khas untuk menangani ancaman militan termasuk kumpulan IS akan dibentangkan pada persidangan kali ini.
"Jadi kita tidak tahu ada masa yang cukup atau tidak untuk dibentangkan," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak, di sini hari ini.
Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai undang-undang hudud untuk dilaksanakan di negeri itu.
Topic Berkaitan
#hudud
#IS
#Kanun Jenayah Syariah
#nancy
#Nancy Shukri
#Parlimen
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan