awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama

Bernama
Bernama
19/03/2024
13:05 MYT
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 dibentang kali pertama
Fuziah memaklumkan bacaan kedua RUU itu dijadual dibentang pada mesyuarat akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024, antara lain bertujuan memasukkan peruntukan yang berhubungan dengan kerangka pelaporan dan penzahiran maklumat pemunyaan benefisial, dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
RUU bagi meminda Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2013 (Akta 743) itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh.
Fuziah memaklumkan bacaan kedua RUU itu dijadual dibentang pada mesyuarat akan datang.
Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen hari ini, RUU itu turut memperkenalkan konsep perkiraan sukarela korporat dan pengurusan kehakiman kepada perkongsian liabiliti terhad dengan menerima pakai kerangka di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
RUU itu juga meminda subseksyen 10(2) Akta 743 yang menghendaki perkongsian liabiliti terhad untuk menyerah simpan dengan pendaftar butir-butir berdaftar yang termasuk butir-butir mengenai maklumat pemunyaan benefisial dan sumbangan modal setiap pekongsi bagi maksud pendaftaran.
Selain itu, pindaan itu juga menyaksikan tanggungjawab tambahan dikenakan kepada pegawai pematuhan bagi menyenggara daftar pemunya benefisial dan menghendaki penzahiran pemunya benefisial.
RUU itu juga memperuntukkan kuasa Menteri untuk membuat peraturan berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial serta yang berhubungan dengan perkiraan sukarela korporat, pengurusan kehakiman, penyelesaian dan penerimaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#Perkongsian Liabiliti Terhad
#dibentang kali pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan