awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RUU persempadanan semula kawasan pilihan raya dibentang Rabu depan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/03/2018
02:22 MYT
RUU persempadanan semula kawasan pilihan raya dibentang Rabu depan
PANDIKAR: Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan sehingga ia dibentangkan pada hari Rabu 28 Mac 2018. - Gambar fail
Rang undang-undang (RUU) kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.
Demikian diumumkan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sewaktu bermulanya sidang Dewan Rakyat hari ini.
Laporan kajian semula persempadanan mengenai syor-syor tersebut telah diserahkan kepada semua Ahli Parlimen namun ia tidak boleh disiarkan sehingga Rabu depan.
"Saya ingin memaklumkan bahawa Laporan Kajian Semula Persempadanan mengenai Syor-syor yang dicadangkan bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri dalam Negeri-negeri Tanah Melayu kali Ke-6 tahun 2018 (ST27/2018) dan Draf Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya), (Negeri-negeri Tanah Melayu 2018), (ST28/2018) telah diletakkan di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
"Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan (embargo) sehingga ia dibentangkan pada hari Rabu 28 Mac 2018," katanya.
Bagaimanapun, belum dapat disahkan sama ada Perdana Menteri atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bakal membentangkan RUU tersebut.
Pada 9 Mac lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri-negeri Tanah Melayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Urusan kajian semula tersebut selesai dijalankan sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 113(10) Perlembagaan Persekutuan.
Kajian semula persempadanan itu tergendala lebih setahun ekoran dicabar di mahkamah melibatkan 15 kes yang difailkan pelbagai pihak.
Permohonan bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada menjalankan urusan kajian semula itu bagaimanapun ditolak mahkamah.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Pandikar Amin Mulia
#persempadanan semula
#RUU
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan