awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Kamus Dewan Perdana versi web kini boleh diakses
'Stor burger lebih cantik'- Saifuddin arah naik taraf segera pondok keselamatan sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ryt Bank lancar angpau digital sempena Tahun Baharu Cina

Seth Akmal
Seth Akmal
18/02/2026
05:36 MYT
Ryt Bank lancar angpau digital sempena Tahun Baharu Cina
Pengguna boleh meraih serta memberi ganjaran bernilai sehingga RM88 bagi setiap pendaftaran akaun yang berjaya menurut laporan media pada minggu lalu. - Gambar TechNave.
Bank kecerdasan buatan (AI) pertama di dunia, Ryt Bank melancarkan pemberian ganjaran Angpau digital sempena perayaan Tahun Baharu Cina sejak 12 Februari lalu.
Kempen itu membolehkan pengguna meraih serta memberi ganjaran bernilai sehingga RM88 bagi setiap pendaftaran akaun yang berjaya, selain menawarkan kod rujukan yang boleh dikongsi tanpa had sepanjang musim perayaan ini.
Program tersebut direka untuk memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pengirim dan penerima, sekali gus menggalakkan lebih ramai pengguna membuka akaun baharu menerusi mekanisme rujukan digital.
Selain ganjaran tunai, Ryt Bank turut memperkenalkan ciri baharu dikenali sebagai “What’s My Huat” yang menawarkan ramalan nasib Tahun Kuda secara peribadi melalui fungsi sembang dalam aplikasi bank berkenaan.
“Ciri ini dikuasakan oleh Ryt AI dan boleh diakses terus melalui fungsi sembang dalam aplikasi untuk menghasilkan kad perayaan interaktif yang boleh dikongsi,” katanya melalui laporan media pada minggu lalu.
Ciri berasaskan Ryt AI itu membolehkan pengguna menghasilkan kad perayaan interaktif untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan, selari dengan pendekatan pemperibadian kandungan dalam perkhidmatan perbankan digital.
Dalam pengumuman sama, bank digital itu turut mengesahkan pelanjutan tawaran faedah bonus simpanan sehingga empat peratus setahun atau p.a. sehingga akhir Jun 2026, dengan kadar faedah dibayar secara harian tanpa sebarang tempoh penguncian.
Ryt Bank juga melancarkan video muzik asli yang menampilkan kolaborasi artis tempatan Faiq Syazwan Kuhiri dan Dennis Koit Jun Leong dengan gabungan lirik bahasa Melayu serta bahasa Cina.
Ryt Bank merupakan entiti perbankan digital hasil kerjasama antara YTL Group dan Sea Limited, yang memfokuskan kepada integrasi teknologi kecerdasan buatan dalam perkhidmatan kewangan tempatan.
Topic Berkaitan
#AI
#Tahun Baharu Cina
#Ryt Bank
#perayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan