awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah bukan transit aktiviti pengganas Daish - KPN

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/01/2017
02:32 MYT
Sabah bukan transit aktiviti pengganas Daish - KPN
Kedudukan geografi di Tawau, Sabah dengan tiga negara berkenaan memberi laluan kepada pergerakan keluar masuk di negeri itu. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan Sabah menjadi lokasi transit pengganas Daish dari negara jiran.
Sebaliknya tegas beliau, negeri itu hanya kawasan laluan termasuk melibatkan aktiviti ekonomi dari tiga negara iaitu Filipina, Indonesia dan Thailand.
"Sabah bukan lokasi transit. Tidak. Dia (penjenayah) berkumpul di Selatan Filipina (dan melalui Sabah).
"Saya tidak percaya Sabah menjadi tempat transit, dia (penjenayah) cuma melaluinya," katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan semua jabatan peringkat Bukit Aman di sini hari ini.
Pada masa sama katanya, kedudukan geografi di Tawau, Sabah dengan tiga negara berkenaan memberi laluan kepada pergerakan keluar masuk di negeri itu.
Bagaimanapun katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa melakukan pemantauan terutama di Pulau Sebatik bagi mengekang aktiviti pengganas terutama kumpulan militan Daish.
"Kita tahu mereka menggunakan kawasan seperti Pulau Sebatik di Tawau sebagai tempat laluan mereka untuk masuk ke Selatan Filipina. Jadi, kita akan sentiasa letak antena kita di kawasan itu, kita akan pantau kegiatan ini," tambahnya.
Setakat ini katanya, 264 orang telah ditangkap kerana terlibat dengan aktiviti kumpulan militan Daish.
"Jadi PDRM melalui Counter Terrorism Cawangan Khas, kita sentiasa pantau aktiviti ini dan sesiapa terlibat, kita tidak akan beri peluang. Kita tidak mahu kejadian seperti negara lain berlaku di negara ini," ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan, satu sel baru pengganas Daish dikesan merancang menjadikan Sabah sebagai transit kumpulan pengganas dari rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan bagi menyusup ke Filipina.
Rancangan itu didedahkan Pasukan Polis Bahagian Cawangan Khas Anti Pengganas (E8) Bukit Aman susulan tangkapan terhadap tiga lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan dalam operasi di Sabah dan ibu kota antara 13 hingga 19 Januari lalu.
Topic Berkaitan
#daish
#KPN
#Sabah
#selatan Filipina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan