awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
GSF 2.0: Pelayar nekad berusaha bolos sekatan di Gaza - ZRA
Education Must Win: MCPlus bantu 30,000 pelajar lonjak gred SPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah hanya ada lebih 2,000 doktor, cabaran penuhi perkhidmatan kesihatan - Julita

Bernama
Bernama
11/04/2026
08:37 MYT
Sabah hanya ada lebih 2,000 doktor, cabaran penuhi perkhidmatan kesihatan - Julita
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki berkata kekurangan itu mencerminkan isu yang lebih mendalam termasuk penurunan minat terhadap profesion perubatan dan kesukaran mengekalkan doktor di negeri itu. - Foto Faceboo
Sabah hanya mempunyai 2,884 doktor berkhidmat di negeri itu berbanding keperluan yang dianggarkan sekitar 9,000, mencerminkan cabaran berterusan dalam memenuhi permintaan perkhidmatan kesihatan.
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Julita Majungki berkata kekurangan itu mencerminkan isu yang lebih mendalam termasuk penurunan minat terhadap profesion perubatan dan kesukaran mengekalkan doktor di negeri itu.
Beliau berkata kekurangan itu memberi kesan kepada penyampaian perkhidmatan di Sabah dengan doktor berhadapan beban kerja lebih berat dan sering berkhidmat di kawasan pedalaman dengan sumber terhad.
“Doktor bukan sahaja merawat pesakit tetapi juga mengurus kekangan dari segi infrastruktur dan tenaga kerja. Walaupun begitu, ramai yang terus berkhidmat dengan komitmen tinggi, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Hak dan Tanggungjawab Doktor anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini hari ini.
Julita berkata berdasarkan trend nasional oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hanya 10 peratus daripada 5,000 penempatan doktor baharu diisi awal tahun ini yang menunjukkan penyusutan sumber bakal doktor pada masa hadapan yang akan terus menekan sistem kesihatan jika tidak ditangani.
Beliau berkata kerajaan negeri turut membangkitkan keutamaan kesihatan Sabah secara langsung dengan KKM termasuk permohonan peningkatan peruntukan bagi mempercepat pembangunan infrastruktur dan menambah baik perkhidmatan.
Perkara itu, menurut beliau juga telah diketengahkan pada peringkat dasar termasuk perbincangan di bawah jawatankuasa teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Saya ingin menegaskan semula keperluan agar Kerajaan Persekutuan menilai semula Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dan mempertimbangkan untuk mengembalikannya kepada bentuk asal.
“Ini perlu dilengkapi dengan penambahbaikan elaun kos sara hidup bagi doktor yang berkhidmat di kawasan luar bandar dan berhadapan kekangan sumber kerana ia penting untuk motivasi serta mengekalkan doktor, khususnya di Sabah dan Sarawak,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Julita Majungki
#kekurangan doktor
#Sabah
#pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan