awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri

Reuters
Reuters
18/03/2026
06:41 MYT
Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri
Sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri itu ditetapkan pada Isnin (23 Mac). - Gambar hiasan
Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan pemberian cuti umum tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, seiring dengan pengumuman dibuat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.
Menurut Warta Kerajaan Keluaran Khas hari ini, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah menetapkan Jumaat (20 Mac) sebagai hari kelepasan am tambahan, sekiranya 1 Syawal jatuh pada Sabtu (21 Mac).
Warta itu turut menyatakan sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada Jumaat (20 Mac) maka cuti umum tambahan negeri itu ditetapkan pada Isnin (23 Mac).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatan ke Sabah pada Ahad lepas, mengumumkan penetapan tarikh yang sama sebagai cuti tambahan Aidilfitri bagi memudahkan urusan perancangan rakyat di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#cuti tambahan
#Aidilfitri
#Tun Musa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan