awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saguhati jemaah umrah dikreditkan 18 Feb ini - Idris Ahmad

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2022
05:05 MYT
Saguhati jemaah umrah dikreditkan 18 Feb ini - Idris Ahmad
Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan Tabung Haji akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Saguhati kepada jemaah umrah yang terpaksa membatalkan pemergian ke Tanah Suci akibat penularan jangkitan virus Omicron akan dikreditkan pada 18 Februari ini menerusi akaun simpanan Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata ia melibatkan sejumlah 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati berdasarkan senarai nama yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
"Daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.
"Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan Tabung Haji (TH) akan dibuat pada hari Jumaat, 18 Februari 2022.
"Oleh kerana kaedah bayaran adalah melalui akaun simpanan TH, maka saya menyeru semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun TH sebelum 18 Februari 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Jemaah umrah alami kerugian hanya perlu bawa kad pengenalan - Idris
Jelasnya lagi, para jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH yang terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.
Beliau pada masa sama memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran itu dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#saguhati umrah
#Idris Ahmad
#tangguh ibadah umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan