awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham IJM turun dalam dagangan awal

Astro AWANI
Astro AWANI
07/04/2026
05:51 MYT
Saham IJM turun dalam dagangan awal
HLIB berpendapat bahawa usaha pengambilalihan yang tidak berjaya oleh Sunway telah melanjutkan tempoh untuk merealisasikan nilai pelaburan bagi pemegang saham IJM Corp. - Gambar fail
Harga saham IJM Corp Bhd menurun dalam dagangan awal pada Selasa manakala saham Sunway Bhd mencatatkan kenaikan sedikit berikutan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat Sunway Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat memperoleh lebih daripada 50 peratus pegangan dalam IJM.
Terdahulu, dagangan sekuriti IJM Corp dan Sunway di Bursa Malaysia dihentikan dari 9 pagi hingga 10 pagi ini.
Setakat 10.45 pagi, Sunway menambah satu sen kepada RM5, dengan 868,200 saham diniagakan manakala IJM berkurangan lima sen kepada RM2.31 dengan 1,089,800 unit bertukar tangan.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) berpendapat bahawa usaha pengambilalihan yang tidak berjaya oleh Sunway telah melanjutkan tempoh untuk merealisasikan nilai pelaburan bagi pemegang saham IJM Corp.
“Bagaimanapun, adalah difahami bahawa pemegang saham strategik IJM mungkin mengambil pandangan jangka panjang bagi potensi manfaat yang lebih tinggi berikutan kumpulan itu merancang melaksanakan pelbagai langkah untuk memanfaatkan nilai seperti dinyatakan dalam taklimat penasihat bebas sebelum ini.
“Ini termasuk pengewangan lebuh raya, penyenaraian cabang pembinaannya dan rasionalisasi portfolio India.
“Pada pandangan kami, walau apa pun, usaha pengambilalihan itu telah mewujudkan keperluan segera untuk pengurusan IJM mempercepat inisiatif penjanaan nilainya,” menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Katanya penyenaraian cabang pembinaan IJM secara berasingan memerlukan kumpulan itu menunjukkan pelaksanaan margin yang baik, meningkatkan pendedahan kepada pusat data dan prospek menerima pesanan baharu yang utuh.
Sementara itu, MBSB Investment Bank Bhd memaklumkan potensi kontrak untuk IJM dijangka daripada projek pusat data di Lembah Klang dan Johor, selain berpeluang meraih bahagian dalam projek infrastruktur utama, terutamanya pakej LRT Mutiara Line Pulau Pinang merentasi laut bernilai RM5-RM6 bilion, yang boleh meningkatkan prospek nilai perolehan kontrak dengan ketara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IJM
#Sunway
#Bursa Malaysia
#ambil alih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan