awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
400 terbunuh dalam serangan hospital Kabul, Afghanistan salahkan Pakistan
UAE umum penutupan ruang udara susulan serangan Iran
Vance tegas kepercayaannya terhadap Trump dalam perang Iran, redakan spekulasi perbezaan pendapat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS sahkan sekurang-kurangnya 200 anggota tentera cedera dalam perang dengan Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
20:54 MYT
AS sahkan sekurang-kurangnya 200 anggota tentera cedera dalam perang dengan Iran
Menurut pegawai tentera AS, sebahagian besar serangan yang mencederakan anggota tentera berlaku akibat dron serangan ‘satu hala’ yang dilancarkan Iran. - Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 200 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) telah cedera sejak perang AS-Israel terhadap Iran bermula pada 28 Februari, menurut jurucakap Komando Pusat AS (CENTCOM), Kapten Tim Hawkins.
Daripada jumlah itu, 10 anggota dilaporkan cedera parah, manakala 180 telah kembali bertugas.
Hawkins berkata kecederaan yang dialami termasuk melecur, kecederaan otak traumatik (TBI) dan kecederaan akibat serpihan letupan.
Menurut pegawai tentera AS, sebahagian besar serangan yang mencederakan anggota tentera berlaku akibat dron serangan ‘satu hala’ yang dilancarkan Iran.
Pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Dan Caine, berkata minggu lalu bahawa dron tersebut bertanggungjawab terhadap majoriti korban dan kecederaan dalam kalangan anggota tentera AS.
Setakat ini, 13 anggota tentera AS telah terkorban sejak perang bermula. Kematian itu termasuk enam anggota yang maut dalam nahas pesawat KC‑135 di Iraq minggu lalu.
Perang bermula pada 28 Februari selepas AS dan Israel melancarkan operasi besar-besaran menyasarkan tapak ketenteraan dan kerajaan Iran, termasuk serangan yang menyebabkan kematian Ayatollah Ali Khamenei pada hari pertama.
Iran membalas dengan melancarkan peluru berpandu dan dron ke Israel, pangkalan AS di rantau Teluk, serta beberapa negara jiran.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#anggota cedera
#Amerika Syarikat
#serangan dron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan