awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas

Amanz
Amanz
16/07/2024
10:14 MYT
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas. -Gambar hiasan
KANSER pankreas ialah antara 12 kanser yang paling kerap berlaku dengan ia menyebabkan 50% pesakit meninggal tiga bulan selepas ia dikesan.
Isu dengan kanser pankreas ialah ia jarang dapat dikesan dengan awal menyukarkan rawatan diberikan.
Kini penyelidik dari University of Nottingham, Stanford University, University of California dan Pusat Perubatan Cedars-Sinai menemukan gen yang diharap dapat membantu rawatan kanser pankreas dilakukan dengan lebih berkesan.
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
HNF4A adalah penting untuk kesihatan tubuh manusia kerana ia membantu organ berfungsi dengan baik. Ketiadaannya pula mendorong perkembangan kanser pankreas dan menjadikannya lebih agresif.
Dengan gen HNF4A sudah dikenal pasti mempunyai hubung kait dengan perkembangan kanser pankreas, saintis boleh menggunakan maklumat ini untuk menghasilkan rawatan dan mengelakkan ia merebak.
Penyelidik berharap pemahaman baharu tentang bagaimana mekanisme ini berlaku akan membantu membuka jalan menghasilkan teknik rawatan baharu yang membantu melawan penyakit ini.
Dalam 80% situasi, kanser ini hanya dikesan apabila sudah terlewat dan ia merebak ke organ lain.
Antara mangsa kanser pankreas yang dikenali ramai ialah Steve Jobs, Dr Syed Husin Ali dan Alex Trebek. Kajian telah diterbitkan dalam jurnal Gastro Hep Advances. -Amanz
Topic Berkaitan
#kanser pankreas
#Gen HNF4A
#gen
#University of Nottingham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan