awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saksi lihat letupan kecil sebelum kereta terbakar dan lelaki rentung di Puchong

Bernama
Bernama
22/05/2014
10:47 MYT
Saksi lihat letupan kecil sebelum kereta terbakar dan lelaki rentung di Puchong
Seorang saksi mendakwa terlihat letupan kecil pada kereta yang sedang dipandu - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Seorang lelaki yang belum dikenalpasti identitinya, ditemui rentung dalam sebuah kereta berdekatan stesen minyak Taman Kinrara, Puchong, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata bomba menerima panggilan dari orang ramai pukul 2.20 petang sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Puchong tiba kira-kira 10 minit kemudian.
fire
fire
FOTO: JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SELANGOR
"Setibanya ke tempat kejadian, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira ditemui rentung di dalam keretanya yang terbakar 90 peratus. Api dapat dipadamkan sepenuhnya lima minit kemudian," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Komander Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, S.Asirbatham berkata, seorang saksi mendakwa terlihat letupan kecil pada kereta yang sedang dipandu lelaki itu sebelum ia melanggar sebatang pokok di tepi jalan.
Fire
Fire
FOTO: JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT SELANGOR
"Orang ramai cuba mengeluarkan mangsa daripada keretanya, namun gagal akibat api yang marak. Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan usaha mengesan identiti mangsa dengan menjejaki warisnya sedang dilakukan," katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#kereta
#rentung
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan