Saluran paip Druzhba sedia operasi semula, Ukraine jangka pinjaman EU

Zelenskyy berkata saluran paip Druzhba yang menyalurkan minyak Rusia ke Hungary dan Slovakia kini sedia untuk beroperasi semula. - Foto REUTERS
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, berkata saluran paip Druzhba yang mengalirkan minyak Rusia ke Hungary dan Slovakia kini sedia untuk beroperasi semula, satu perkembangan yang berpotensi membuka laluan kepada Ukraine untuk mendapatkan pinjaman Kesatuan Eropah (EU) berjumlah 90 bilion euro (kira-kira RM419 bilion) selepas beberapa bulan berdepan ketegangan.
Operasi saluran paip itu digantung selepas ia dilaporkan rosak akibat serangan Rusia terhadap infrastrukturnya pada Januari lalu.
Penggantungan tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati Hungary dan Slovakia, dua negara anggota EU yang masih bergantung kepada bekalan minyak dari Rusia.
Situasi itu turut meningkatkan ketegangan antara Zelenskyy dan beberapa pegawai EU, apabila beliau mendakwa terdapat tekanan supaya Ukraine mempercepatkan kerja pembaikan saluran paip yang disifatkan mengalami kerosakan serius.
Bagaimanapun, kerajaan Ukraine menolak dakwaan Hungary dan Slovakia bahawa Kyiv sengaja melengahkan usaha membaiki infrastruktur berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
