awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'

Bernama
Bernama
19/10/2019
06:31 MYT
A Samad Said 'jentik' pemimpin bersifat 'sasterawang'
A Samad Said menasihati masyarakat berhati-hati dengan kewujudan 'sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit. - Gambar fail
Hati-hati dengan kewujudan 'sasterawang', pemimpin yang menutup mulut apabila selesa dengan wang ringgit, itu amaran yang dilontarkan Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr A Samad Said.
Beliau berkata, sepanjang perjuangannya sejak zaman reformasi, ada pemimpin politik yang tergelincir disebabkan wang.
"Sebab menentang ini sedap tetapi apakah kita menentang kita membetulkan atau tidak.
"Sebab kadang-kadang kita menentang kita dapat buah manisnya, ini menjadikan kita hamis," katanya semasa berucap di Pertemuan Karyawan Sarawak ke-9, anjuran Persatuan Karyawan Sastera Sarawak, di sini, hari ini.
Samad, yang merupakan Sasterawan Negara ke-4, berkata, sebagai seorang seniman dan sasterawan, beliau berasa bertanggungjawab membetulkan kekecohan di kalangan masyarakat.
"Saya tidak takut dengan kata, saya selalu berhujah begitu sahaja dan terseliuh bila dilarang. Saya tak masuk medan untuk tunggu siapa lawan saya tetapi yang penting hasil hujahan itu menguntungkan masyarakat," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#A Samad Said
#pemimpin
#Sasterawan Negara
#Sasterawang
#wang ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan