awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abbas Araghchi puji pendirian tegas Islamabad sokong Tehran
Empat individu keluar kenyataan berbaur provokasi isu agama, kaum dituduh esok - KPN
BN perlu segera lantik penyelaras 115 kerusi Parlimen - Sivaraj

Saman fitnah: Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap pengguna media sosial

Bernama
Bernama
16/03/2026
10:16 MYT
Saman fitnah: Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap pengguna media sosial
Saifuddin Nasution yang memfailkan tuntutan saman itu pada 11 April 2025, mendakwa defendan telah memuat naik beberapa hantaran berbentuk gambar, video dan kenyataan yang merujuk secara langsung kepada plaintif menerusi akaun Facebook dan TikTok miliknya,
Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan permohonan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap seorang pengguna media sosial dalam kes saman fitnah yang dikemukakan Menteri Dalam Negeri itu.
Peguam Datuk SN Nair mewakili Saifuddin Nasution selaku plaintif berkata Hakim John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee membuat keputusan itu pada 8 Dis 2025, selepas membenarkan permohonan plaintif bersama afidavit sokongan bertarikh 14 Nov 2025.
“Kami mengesahkan bahawa Mahkamah Tinggi telah memberikan penghakiman ingkar memihak kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap defendan Muhamad Zubair Ismail yang dimeterai oleh mahkamah pada 14 Mac 2026. Sehubungan itu, kenyataan media ini dikeluarkan pada hari ini,” katanya.
Nair berkata setelah menimbangkan permohonan tersebut dan mendengar hujahan pihaknya serta dalam ketiadaan Muhamad Zubair Ismail sebagai defendan, mahkamah memerintahkan plaintif diberikan kebenaran untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap defendan.
Beliau berkata sehubungan itu, mahkamah telah memasukkan penghakiman yang menetapkan liabiliti defendan berhubung penerbitan fitnah dipertikaikan oleh Saifuddin Nasution.
"Perkara ini kini akan diteruskan ke peringkat taksiran ganti rugi, yang mana mahkamah akan menentukan jumlah sewajarnya bagi ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan dianugerahkan kepada plaintif," katanya.
Nair berkata penghakiman ingkar itu menegaskan prinsip bahawa individu yang menyebarkan kenyataan fitnah secara dalam talian tidak boleh mengelakkan tanggungjawab undang-undang dengan gagal mengambil bahagian dalam prosiding mahkamah.
"Saifuddin Nasution memulakan tindakan ini bagi membersihkan reputasinya serta menegakkan kedaulatan undang-undang, dan akan meneruskan perkara ini sehingga mahkamah menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar," kata peguam itu.
Saifuddin Nasution yang memfailkan tuntutan saman itu pada 11 April 2025, mendakwa defendan telah memuat naik beberapa hantaran berbentuk gambar, video dan kenyataan yang merujuk secara langsung kepada plaintif menerusi akaun Facebook dan TikTok miliknya, pada 26 dan 27 Mac 2025.
Plaintif mendakwa hantaran tersebut membawa maksud antaranya beliau seorang yang melindungi penjenayah atau individu tertentu demi kepentingan politik serta peribadi dan menyalahgunakan kedudukan sebagai menteri untuk keuntungan peribadi.
Dakwanya, akibat tindakan defendan itu, plaintif menjadi sasaran pelbagai kenyataan bersifat menghina, mencaci serta memperlekehkan secara terbuka selain menjejaskan reputasi serta nama baik dan kedudukan plaintif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#saman fitnah
#Saifuddin Nasution
#penghakiman ingkar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.