awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama

Bernama
Bernama
26/08/2022
20:22 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan disiar secara langsung di semua saluran televisyen utama
Mohammad menyeru supaya orang ramai hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan setelah dua tahun negara tiada sambutan skala besar berikutan pandemik COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kebangsaan akan disiarkan secara langsung menerusi semua stesen televisyen utama negara bagi memberi peluang kepada Keluarga Malaysia yang tidak dapat hadir ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos nanti.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek berkata perkara itu adalah selaras dengan tema hari kebangsaan iaitu "Keluarga Malaysia Teguh Bersama" yang berteraskan tiga tunjang utama iaitu kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran.
Menurutnya, sambutan pada tahun ini melibatkan penyertaan terbesar iaitu seramai 18,000 peserta membabitkan pelbagai kontinjen perbarisan antaranya daripada 27 kementerian dan pelbagai badan korporat dalam negara.
"Bila kita bercakap mengenai keterangkuman dan kebersamaan sudah pasti kita harapkan penglibatan pelbagai pihak dari kerajaan termasuk agensi swasta sendiri yang turut terlibat dalam acara ini.
Kita tampilkan juga pelbagai aset negara. Sejumlah hampir 300 aset negara yang akan terlibat yang kita jangkakan akan dapat menarik perhatian orang ramai dan pelbagai aset kita sediakan," katanya dalam program wawancara Agenda Awani terbitan Astro Awani semalam.
Berkongsi hasil tinjauan persiapan di Dataran Merdeka semalam, Mohammad yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata ia sudah mencapai kemajuan 80 peratus.
Agenda AWANI: Hari Kebangsaan 2022 | Keluarga Malaysia Teguh Bersama
Beliau turut menyeru supaya orang ramai hadir bagi memeriahkan acara itu setelah dua tahun negara tidak menyambut hari kebangsaan dalam skala yang besar berikutan pandemik COVID-19.
"Harapan saya agar setiap warga kota dan mereka yang tinggal berhampiran Lembah Klang datanglah beramai-ramai ke Dataran Merdeka, dan diharapkan agar dapat menyuntik semangat patriotisme dalam kalangan keluarga Malaysia dengan menonton sendiri perarakan, persembahan, dan pencapaian yang telahpun kita lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Keluarga Malaysia Teguh Bersama
#siaran secara langsung
#Mohammad Mentek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan