awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung Browser untuk Windows dilancar dengan integrasi AI Perplexity

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
04:05 MYT
Samsung Browser untuk Windows dilancar dengan integrasi AI Perplexity
Samsung Browser membolehkan pengguna menyelaraskan data pelayaran antara peranti mudah alih Samsung dan komputer Windows secara masa nyata bagi memastikan kesinambungan tugasan yang lebih lancar. -Foto Amanz
Gergasi teknologi Korea Selatan, Samsung, secara rasmi mengumumkan pelancaran pelayar web miliknya untuk pengguna komputer Windows yang kini dikenali sebagai Samsung Browser.
Pelayar web itu sebelum ini telah diuji dalam versi beta menggunakan jenama Samsung Internet sebelum dijenamakan semula sepenuhnya bagi pasaran desktop.
Samsung Browser membolehkan pengguna menyelaraskan data pelayaran antara peranti mudah alih Samsung dan komputer Windows secara masa nyata bagi memastikan kesinambungan tugasan yang lebih lancar.
Pelayar ini turut dilengkapi dengan integrasi Samsung Pass yang memudahkan penyimpanan serta pengurusan kata laluan bagi akses ke pelbagai laman web dan perkhidmatan dalam talian.
Menariknya, Samsung Browser turut mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan (AI) Perplexity yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan lanjut mengenai kandungan laman web yang sedang dilayari atau melakukan carian maklumat am secara terus.
Buat masa ini, aplikasi berkenaan sudah boleh dimuat turun oleh pengguna Windows 10 dan Windows 11 di Korea Selatan serta Amerika Syarikat.
Samsung dalam satu kenyataan berkata, penawaran Samsung Browser akan diperluaskan ke pasaran global yang lain secara berperingkat tidak lama lagi.
Langkah ini dilihat sebagai strategi Samsung untuk memperkukuh ekosistem peranti Galaxy miliknya dengan menawarkan integrasi yang lebih mendalam antara telefon pintar dan komputer peribadi.
Topic Berkaitan
#Samsung Browser
#Samsung Internet
#Windows 10
#Windows 11
#Perplexity AI
#Samsung Pass
#ekosistem Galaxy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan