awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung henti keluaran telefon pintar Galaxy Note 7

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/10/2016
12:57 MYT
Samsung henti keluaran telefon pintar Galaxy Note 7
Samsung mengumumkan penggantungan pengeluaran telefon pintar Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden kebakaran bateri. -Gambar fail
Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) hari ini mengumumkan penggantungan pengeluaran model Galaxy Note 7 di seluruh dunia susulan beberapa insiden melibatkan kebakaran bateri telefon pintar itu.
Keputusan ini dibuat sehari selepas syarikat itu mengumumkan penggantungan sementara pengeluaran model tersebut.
"Keselamatan para pelanggan adalah keutamaan kami, jadi, kami telah memutuskan untuk menghentikan jualan dan pengeluaran Galaxy Note 7," kata syarikat itu seperti dipetik dari portal The Wall Street Journal.
Langkah ini diambil selepas saham Samsung jatuh lapan peratus, penurunan sehari terbesar dalam lapan tahun, selain kes kebakaran Galaxy Note 7 terbaharu di Amerika Syarikat.
Pada 2 September lalu, Samsung mengumumkan pemanggilan secara global 2.5 juta telefon bimbit Galaxy Note 7 berikutan kegagalan bateri yang menyebabkan insiden kebakaran.
Topic Berkaitan
#Galaxy Note 7
#Kini Trending
#pengeluaran dihentikan
#Samsung
#telefon pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan